~ Makan bola, minum bola, nak naikkan martabat bola.. Tapi satu hape pun takleyy ~
Saturday, December 10, 2011 | 3:20 AM | 0 Harimau Comel
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia :D ~
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas usaha FAM untuk cuba membantu skuad Harimau Malaya (Senior), Harimau Muda dan Skuad Olimpik negara kita dengan menghantar ke beberapa tempat untuk melakukan latihan bersama dan juga perlawanan persahabatan antara beberapa kelab dan juga negara. ~
Diharap juga Skuad bimbingan Ong Kim Swee selamat tiba ke Australia dalam beberapa jam lagi. ~
Syabas saya ucapkan. ~
Namun begitu, tak kala kita mendengar berita baik.. Ada sahaja berita yang kurang enak yang saya terima daripada beberapa rakan-rakan saya. Antaranya, FAM mengistiharkan pengurangan pasukan yang akan beraksi di Liga Super.. Terkejut beruk saya mendengar cerita ini. ~
FAM dah mengatakan bahawa mereka akan teruskan pelan tersebut. Yang pastinya, Liga Super akan jatuh dari Gred D ke Gred E. Alangkah teruknya kalau kita jatuh sampai begitu sekali?? ~
Jika ini berterusan, kemungkinan besar kita tidak dapat menghantar sebarang kelab/negeri ke mana-mana pertandingan seperti AFC Champions League, ataupun Piala AFC.. Alangkah ruginya di situ?? ~
Banyak lagi benda yang perlu FAM pertingkatkan lagi. Tidak kira dari segi pentadbiran, mahupun cara untuk pertingkatkan lagi mutu pertandingan dan pencarian bakat-bakat muda yang bagus untuk di serapkan untuk skuad Kebangsaan. Kita masih lagi ketandusan pemain yang dapat menyerang dan menjadi penyerang berbisa, dan juga bahagian tengah yang dapat menggerakkan jentera serangan dan juga membantu bahagian pertahanan. ~
Saya harap agar FAM sedar mengapa suara rakyat dan juga peminat-peminat tegar selalu bising-bising pasal hal ini. Ini adalah untuk kebaikkan pasukan Kebangsaan kita juga yang ingin mengharumkan kembali dan membawa semula martabat bola sepak tanah air.
MALAYSIA BOLEH!!! ~
Peace out!! ~