~ Rindulah!! ~
Tuesday, July 5, 2011 | 3:58 PM | 0 Harimau Comel
Assalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera ^^ ~Post arini senang je, berkaitan rindu.. ~
Seperti insan lain yang mempunyai rasa rindu, tak kiralah anda rindu kepada keluarga, rakan-rakan, sahabat anda, kekasih anda, haiwan anda ataupun apa-apa sahaja ^^ ~
Bagi sy, definitely rindu rakan-rakan semua disamping rindu untuk bersukan.. Sejak mengalami accident, tak dapat sangat peluang untuk bersama-sama rakan-rakan sy kerana sukar untuk berlepak bersama mereka.. Anggapan saya, jika saya pergi juga untuk melepak, kemungkinan besar saya menyusahkan mereka dan terpaksa 'limit'kan time mereka untuk enjoy.. ~
Sukar sebenarnya menjadi orang yang sakit ni.. Haha adoih2.. Pesan saya untuk anda semua, agar anda berhati-hati.. Jikalau sakit, kemungkinan besar anda tidak dapat menjalankan kehidupan yang normal semula sukar.. Tambah lagi jika melibatkan kes patah tulang.. ~
Setelah dapat membawa kereta sedikit walaupun tak berapa jauh sangat, cuma di kawasan dekat rumah dan juga di taman yang berhampiran, saya pun cuba mengambil masa tersebut untuk berjumpa beberapa rakan-rakan yang rapat.. Alhamdulillah, dapat melepaskan rasa rindu tersebut dengan borak-borak walaupun borak kosong sahaja.. Hehe.. ~
Ok lah, setakat ini sahaja ;) ~
Peace Out!!~
Deejay Kriss Fitri Abdullah