~ Kehidupan yang berbeza..Ada betul kata ibu.. ~
Friday, July 15, 2011 | 2:43 AM | 2 Harimau Comel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.. ~Sebenarnya tak tahu nak tulis apa tetapi pabila bergurau-gurau dan berchatting dengan rakan2 sy.. Tersentap seketika apabila memikirkan kehidupan yang sangat interesting.. ~
Kadang-kala orang berkata yang seorang lelaki perlu menjadi kuat dan tegas supaya tidak menunjukkan sifat lemah kepada yang lain.. Namun begitu, lelaki masih lagi digelar manusia, dan manusia masih lagi lemah.. Walau seganas bagaimana pun, namun jangan kata yang lelaki tak mudah rebah.. ~
Begitulah yang berlaku pada diri ini.. Sentiasa gagal dalam percintaan.. Adakah sy tidak layak untuk mencintai seseorang? Yang pelik tu, setiap orang yang sy sygi, mesti ada yang berpunya.. Kalau tak berpunya pun, dan telah bersama dengan seseorg tu, habis pula dimadu dengan yang lain.. ~
Betul kata ibu, kadang-kala, orang lain akan cuba bermadu supaya dapat memilih pasangan yang betul-betul sesuai.. Tapi bagi sy, adakah itu perlu? Sebab kadang-kala perkara sebegini boleh membuatkan orang lain sedih.. Sy sendiri tidak sanggup memasang seorang lagi insan didalam hidup.. Kerana tahu untuk menjaga seorang sahaja memang sukar, inikan 2?? ~
Kalau difikirkan, lagu-lagu lama seperti Ukays ada menyebut "..Lamanya berkasih..Indahnya berjanji..Sanggup hidup semati..Ucapan semalam kini berlainan..Kau yang ku dulu kukenali menjadi duri.." Ayat ini kadang-kala menghantui diriku.. Kerana pernah sy menerima janji tersebut.. Namun kepercayaan yang diberikan daripadaku kepadanya dipersia-sia.. ~
Pernah juga sy terfikir untuk tidak lagi mengingati masa dulu.. Namun itu juga yang berlaku.. Banyak lagu yang dapat dikaitkan dengan kehidupan sy.. Seperti lagu Ukays - Sebak.. Jika anda dengar liriknya, memang ada kena-mengena dengan kehidupanku ini.. Adoih2.. ~
Sampai sini sahaja.. Terasa emo sebentar ^^~
Peace OUT!!!
Deejay Kriss Fitri Abdullah